Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah betul semasa penerbitan.
Walaupun segala langkah berhati-hati telah diambil sewaktu pembangunan laman web ini,
Pelancongan Malaysia tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan atau ketiadaan / ketinggalan
maklumat yang mungkin berlaku.
Sebarang rujukan yang dibuat oleh Pelancongan Malaysia menerusi laman web ini kepada mana-mana
syarikat atau entiti yang lain, atau kepada perkhidmatan serta produk mereka, bukanlah merupakan
suatu pengesahan dan tidak boleh dianggap sebagai suatu pengesahan tentang kualiti mahu pun
kesempurnaan syarikat atau entiti tersebut atau pun perkhidmatan dan produk yang ditawarkan olehnya.
Pautan-pautan di dalam laman web ini membolehkan anda meninggalkan laman web Pelancongan Malaysia.
Laman web yang dipaparkan pautannya di sini bukanlah di bawah bidang kuasa Pelancongan Malaysia
dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kandungan laman-laman web yang mana pautannya
dipaparkan di sini atau mana-mana pautan laman web yang terkandung di dalam laman web yang
dipaparkan pautannya di sini atau pun sebarang perubahan serta pembaharuan maklumat di dalam
laman-laman web tersebut. Pelancongan Malaysia hanya memaparkan pautan ke laman-laman web ini
untuk kemudahan pengguna dan bukan bertujuan sebagai pengesahan atau jaminan di atas laman-laman
web tersebut.
HAKCIPTA
Kesemua kandungan editorial, imej grafik serta multimedia yang
terkandung di dalam laman web ini terpelihara di bawah undang-undang
hakcipta serta lain-lain undang-undang dan perjanjian antarabangsa yang berkaitan
dan adalah merupakan hakmilik Pelancongan Malaysia atau/dan pembekal-pembekalnya.
Hasil kerja, logo, grafik, bunyi atau imej yang terkandung di sini tidak boleh ditiru,
dihasilkan semula atau pun diciplak samada sebahagian darinya ataupun keseluruhannya,
melainkan dengan kebenaran sahih daripada pihak Pelancongan Malaysia.
Pelancongan Malaysia mengalu-alukan permohonan kebenaran menggunakan kandungan atau bahan-bahan di
dalam laman web ini. Kebenaran akan diberikan berdasarkan pertimbangan teliti setiap permohonan
dan mereka yang berminat diminta menghantar permohonan mereka menerusi e-mel kepada :webmaster@tourism.gov.my
POLISI KERAHSIAAN
Apabila anda mendaftar di laman web ini, anda diminta mengemukakan nama, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, nombor poskod, pekerjaan, industri serta minat peribadi anda. Maklumat ini dikumpul bagi membolehkan kami menyediakan kandungan serta maklumat yang berkaitan untuk anda.
Pelancongan Malaysia tidak akan menjual, menyewa atau berkongsi maklumat anda dengan mana-mana individu mahu pun syarikat-syarikat yang tidak berkaitan dengan Pelancongan Malaysia kecuali bagi tujuan menyampaikan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah anda minta.
Pelancongan Malaysia mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda di laman web ini serta lain-lain aktiviti di dalam-talian Pelancongan Malaysia. Kami menggunakan maklumat ini untuk tujuan analisis dalaman bagi membolehkan kami menyediakan maklumat yang sejajar dengan minat anda.
Kami menyediakan maklumat tersebut dengan kerjasama rakan sekerja pemasaran kami yang beroperasi di bawan arahan Pelancongan Malaysia dan tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan yang telah dipersetujui. Syarikat-syarikat berkenaan mungkin menggunakan maklumat yang anda berikan bagi membolehkan kami berhubung dengan anda mengenai tawaran serta promosi yang disediakan. Bagaimanapun, syarikat-syarikat tersebut tidak mempunyai hak untuk menggunakan atau berkongsi maklumat tersebut.
POLISI KESELAMATAN
Perlindungan Data
Teknologi terkini digunakan untuk melindungi sebarang data yang dibekalkan. Kawalan perincian keselamatan tertinggi akan dipelihara untuk memastikan tiada sebarang akses tanpa kebenaran.
Simpanan Keselamatan
Untuk melindungi sebarang data peribadi, kesemua bentuk simpanan dan penghantaran data peribadi secara elektronik akan disimpan menggunakan teknologi keselamatan yang terjamin.