Beth, seorang pelancong dari Amerika mendapati pendakian salah sebuah gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah sangat mencabar tetapi amat memuaskan hati. Dalam pendakiannya dia telah menggunakan otot-otot badan yang tidak biasa dikerah dan menerima sijil pendakian Gunung Kinabalu yang terletak di Negeri Sabah di pulau Borneo, Malaysia Timur.