Kami sungguh menghargai keselesaan yang ditawarkan di resort tersebut setelah tamat pengembaraan kami di sekitar Pulau Langkawi. Resort Sheraton Langkawi terletak di tengah-tengah hutan hujan yang menakjubkan dan kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan yang berkeliaran di dahan tinggi terutamanya seekor ‘calugo’ iaitu sejenis haiwan yang melompat jauh dari dahan ke dahan. Bilik penginapan di sini semuanya luas dan menawarkan kemudahan yang lazimnya terdapat di rumah malahan air kolam renangnya sejuk dan dapat menyegarkan badan. Satu petang, kami telah pergi menuju ladang getah, sawah padi, perkampungan nelayan, pantai-pantai indah serta air terjun yang tinggi dan sangat menawan. Pelbagai pengangkutan seperti teksi, basikal dan kereta mudah diperoleh serta boleh disewa pada harga yang murah. Satu petang, kami telah pergi menuju ladang getah, sawah padi, perkampungan nelayan, pantai-pantai indah serta air terjun yang tinggi dan sangat menawan. Kepelbagaian masakan tradisional yang boleh ditemui di Langkawi merupakan tarikan utama. Suatu malam, kami menikmati hidangan gaya India di resort. Terdapat pelbagai jenis makanan laut yang segar dijual di gerai-gerai, restoran yang menghidangkan masakan Cina dengan harga yang sungguh murah serta beberapa pilihan makanan antarabangsa. Berhampiran Sheraton Langkawi terdapat sebuah marina di mana kami menjumpai restoran Mare Blu yang menyajikan makanan Itali yang asli. Pemandangan kapal-kapal layar dari sini memang hebat dan terdapat beberapa restoran di sekitar marina ini untuk makan dan minum. Kesemua ini melupakan kami kepada cabaran yang bakal kami tempuhi. Kami tahu Kembara Kanopi Hutan Hujan ini agak mencabar tetapi Raz tidak sedar betapa sukarnya pengalaman ini sebenarnya. Agak sukar untuk kami menyedari betapa sukarnya cabaran yang kami letakkan di atas bahu kami – kembara ini mirip cabaran mendaki ‘abseiling’ serta ‘rappeling’ tetapi gambaran yang paling dekat adalah seperti aktiviti ‘flying fox’ yang tergantung tinggi dan jauh dari permukaan tanah. Lelaki yang mengendalikan kembara kanopi ini bernama Jüergen dan keutamaan yang dia berikan ke atas aspek keselamatan begitu menyakinkan individu seperti Raz yang takutkan tempat tinggi. Kami menghabiskan masa selama empat jam di dalam hutan hujan yang panas dan lembap ini dan kami merasa seronok kerana telah mencabar diri kami untuk melakukan sesuatu yang baru. Pengalaman bergayut di sepanjang talian ‘flying fox’ setinggi 30 meter dari permukaan tanah memang sungguh mengujakan. Penyelia kami menggalakkan kami untuk naik lebih tinggi lagi dengan memanjat secara ‘rappelling’ dari sebatang pokok yang besar di penghujung tali ‘flying fox’ tersebut. Aktiviti ini memang tidak sesuai untuk mereka yang lemah semangat dan sungguh berbeza dari sebarang aktiviti lain yang terdapat di pulau ini. Setelah hampir keseluruhan pagi dihabiskan di hutan hujan yang panas ini, kami benar-benar memerlukan makan dan minum serta masa untuk berehat. Bagi kami, tempat yang paling menarik untuk makan di sini ialah di Bon Ton Resort. Mungkin aktiviti lasak yang kami lakukan pagi itu yang membuat kemewahan di Bon Ton rasa sungguh menarik pada waktu petang dan senja. Bon Ton adalah sebuah restoran dan resort yang sangat unik di mana tetamu boleh menginap di salah sebuah rumah kampung tempatan Pemandangan matahari terbenam tidak menghampakan kami di mana suasana di sini sungguh hebat dan makanan yang disajikan juga sungguh lazat. yang telah dialihkan ke kawasan tanah yang bertentangan dengan sebuah kawasan tanah lembab yang luas dan dipenuhi rumput sungai. Kami disarankan supaya pergi ke sana untuk menikmati pemandangan matahari terbenam serta makanan lazat yang mereka gambarkan sebagai sajian ‘barat bertemu rempah’. Pemandangan matahari terbenam tidak menghampakan kami di mana suasana di sini sungguh hebat dan makanan yang disajikan juga sungguh lazat. Kami tidak tahu memilih pencuci mulut yang dihidangkan di situ kerana kesemuanya kelihatan sungguh menyelerakan, jadi kami pun berkongsi beberapa jenis pembasuh mulut. Tempat-tempat seperti Bon Ton menjadikan Langkawi sungguh unik kerana pelawat dibawa ke lokasi yang eksotik bagi menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti merentas hutan hujan dan memerhati serta mendekati haiwan di sini, namun masih boleh menikmati gaya hidup mewah pada masa yang sama.
|