BAHASA: EN | BM
Home Search

Jumaat 3 Sep, 2010
Blog
Plan Your Trip
Travel Agents
Where to Stay
Events Listing
Experience Malaysia
Images of Malaysia
Map of Malaysia
E-Brochures
Travel Packages
 
click to read more
Keunggulan Menyelam di Sipadan
Bill Boakes dan Nicolla Briggs, dua warga Inggeris dengan latar belakang di dalam bidang percetakan dan jualan, serta bebas dari sebarang tanggungan di UK, merasakan masanya telah tiba untuk mereka pergi ‘melihat dunia’. Mereka yang sememangnya gemarkan aktiviti menyelam, membuat keputusan bahawa lawatan percutian ke Asia Tenggara adalah ideal.
Paparan Video
Lihat Semua Pengalaman
CNN - Kisahku memaparkan pendapat pelancong yang sering ke Malaysia, serta warga asing yang menjadi penduduk tetap di Malaysia, berkenaan pelbagai aspek negara.
 
 
Click to view Vignette Di Mana Alam Semulajadi Melengkapi Warisan Berkurun (Terengganu)
Saksikan keunikan pembuatan bot warisan turun-temurun di Pulau Duyung, bangunan indah Masjid Kristal, kecantikan senibina Aryani Resort atau alami kehidupan kampung yang santai. Mari bersama meriahkan Tahun Melawat Terengganu!
Click to view Vignette Click to view Vignette Syurga Tropika yang Lengkap (Pahang)
Pahang mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti Taman Negara dengan laluan kanopi terpanjang dunia, atau bermain dengan gajah liar di Taman Lindungan Gajah Kuala Gandah atau nikmati cuaca sejuk di Tanah Tinggi Cameron. Pahang menawarkan pengalaman yang luarbiasa, sukar dilupakan!
Click to view Vignette 99 Pulau Menarik (Langkawi)
Bumi yang penuh mistik dan misteri, dengan hidupan liar serta flora menggamit pengunjung ke pulau cantik ini. Mari raikan Tahun Melawat Kedah di Langkawi!
Click to view Vignette Click to view Vignette Mutiara Timur(Penang)
Alami keunikan Pulau Pinang, dengan senibina menarik dipelihara dengan baik untuk tatapan semua. Temui warga yang ramah, dan rasai masakan yang terbaik di sini. Lawati Pulau Pinang untuk menyaksikan kebudayaan yang luar biasa.
Click to view Vignette Pusat Budaya Melayu (Kelantan)
Wayang kulit, silat, wau, pembuatan perak dan kuil Buddha terbesar di negara ini antara tarikan menarik pengunjung ke Kelantan.
Click to view Vignette Bumi
- Ershad Mubarak -

Ershad Mubarak ialah seorang pakar berkenaan tumbuhan dan hidupan liar yang menakjubkan di Langkawi. Beliau bercerita tentang kepelbagaian eko-sistem yang subur di pulau kecil ini dari hutan paya bakau hingga ke hutan dara dan hutan batu kapur.
Click to view Vignette Johor dan Tioman
- Roberto -

Diari pelancongan dari Roberto dan Craig yang berkongsi pengalaman menggembara Johor, Gerbang Pintu Selatan di Malaysia. Mereka menerokai pelbagai hidupan marin, bermain golf dan melihat keindahan senibina di negeri tercantik ini.
Click to view Vignette Click to view Vignette KL dan Penang
- Chris -

Kass dan Chris menemui pusat hiburan terbaik di Kuala Lumpur dan pelbagai senibina tradisional di Pulau Pinang. Dahulu, Pulau Pinang juga merupakan pusat perdagangan pertama Asia Timur dan menarik pedangan Eropah dan pendatang Asia, membawa bersama budaya yang pelbagai.
Click to view Vignette Langkawi
- Maya -

Kavita dan Maya menerokai keajaiban legenda Langkawi, dengan ‘99 pulau’. Setiap pantai dan pulau mempunyai cerita tersendiri. Alami pengalaman eko-pelancongan terbaik Malaysia di sini!
Click to view Vignette Click to view Vignette Terengganu
- Roberto -

Hans dan Roberto melihat kehidupan kampung di Terengganu, yang masih kekal dengan kecantikan asli. Mereka turut bermain wau dan gasing, selain pengalaman berharga menyelam bersama-sama penyu!
Click to view Vignette Sarawak
- Amer -

Penggembara Hans dan Amer menerokai Sarawak yang eksotik. Mereka minum tuak buatan orang Iban di Kampung Budaya Sarawak. Mereka juga bertemu dengan monyet proboscis yang terancam, orang utan dan buaya liar!
  Click to view Vignette Hiburan
 -  Armin Affendi  - 

Armin Affendi bercerita tentang bentuk-bentuk hiburan yang boleh dinikmati di ibukota Kuala Lumpur. Dari acara sukan hingga hiburan malam, ibukota ini tidak akan mengecewakan.
Hijau
- Stewart Gim -

Stewart Gim ialah seorang pemain golf professional PGA Champion’s Tour. Dia mempunyai banyak alasan untuk tinggal di negara unik ini tetapi yang utama ialah kepelbagaian padang golf yang memuaskan hati.
  Laut
- Chris Galia -

Chris Galia, seorang jurulatih aktiviti menyelam berkongsi pengalaman menyelam skuba di Malaysia. Walaupun telah menjelajah ke serata dunia, Chris dan keluarganya tetap kembali ke Malaysia dan menerangkan mengapa beliau berbuat demikian.
Tulus Ikhlas
- Luder Paisan -

Semasa BMW mencari lokasi pelancaran model 5 Series yang baru, mereka teringatkan Malaysia, bukan sahaja kerana infrastruktur hebat dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang tersedia, malahan sebab keramahan dan kemesraan penduduk Malaysia.
  Budaya Asli
- Patrick Clancey -

Patrick Clancey menggalakkan pelancong melawat Sabah dan Sarawak dengan hati yang terbuka kerana mereka pasti menimba pengalaman yang tiada bandingannya. Sejarah Malaysia telah membentuk corak budaya yang menakjubkan.
Pantai
- Julie Mosca -

Julie Mosca bercerita tentang pengalaman indah percutian bersama keluarga di pantai-pantai yang mempesona di Malaysia. Bukan sahaja pulau di sini menawan hati, resortnya juga menghiburkan anak-anak malah ibubapa dapat bersantai tanpa gangguan.
  Adat
- Sheila Majid -

Artis terkemuka, Sheila Majid, bercerita tentang tradisi pemulihan dan kesejahteraan. Beliau menerangkan tentang pelbagai jenis kemudahan spa yang terdapat di seluruh negara.
Kediaman Kedua
- Dato Fumihiko -

Dato Fumihiko telah jatuh cinta dengan Malaysia kerana penduduknya yang peramah, makanannya yang lazat, serta cuacanya yang baik. Tambahan lagi, dengan kos kehidupan yang rendah di sini, Malaysia ialah negara yang sesuai untuk para pesara.
  Perayaan
- Nita Dato Zulkifli -

Nita yang berdarah campuran menyambut kesemua perayaan kebudayaan di Malaysia. Beliau memperkenalkan pelbagai perayaan menarik yang disambutnya serta berkongsi sedikit mengenai sejarah perayaan-perayaan tersebut.
Beli-Belah
- Farah Khan -

Farah Khan mengaku gemar membeli-belah dan bercakap tentang peluang membeli-belah yang hebat di Malaysia. Dari pasar malam yang sibuk, kedai antik yang comel, hinggakan kompleks membeli-belah bertaraf antarabangsa – semuanya ada di sini.
  Balik Kampung
- Rebecca Wilkinson -

Rebecca dan anak-anaknya sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di Pulau Pangkor. Mereka gembira tinggal di pulau yang indah ini di mana semua penduduk berbilang bangsa hidup harmoni dan meraikan perayaan-perayaan mereka bersama-sama.
Minum Teh
- Caroline Russel -

Empat generasi yang lalu, keluarga Caroline Russel telah mengasaskan Ladang Boh. Beliau menceritakan bagaimana Cameron Highlands suatu masa dahulu merupakan tempat berehat warga Inggeris di zaman kolonial serta tentang tradisi minum teh di Malaysia.
   
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia      
 
Hakcipta © 2008 Tourism Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara. | Talian Info Tourism Malaysia - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Putra World Trade Centre, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY
Paparan skrin terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 8 dan semua pelayar (browser) moden
dengan resolusi minima skrin 1024 x 768 pixel