|
Zoo Johor
Ditubuhkan pada 1928, kini ia menjadi salah satu tarikan utama di Johor. Zoo Johor ini pada mulanya dikenali sebagai 'kebun binatang' dan dibangunkan oleh Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Zoo tersebut telah ditadbir pihak Istana Sultan Johor, dan dipercayai salah sebuah terawal ditubuhkan di Asia ketika itu. Zoo ini kemudian bertukar nama ke Zoo Johor, dan kini di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Johor. Terletak di kawasan bandaraya, pengunjung pasti teruja dengan pelbagai haiwan di sini. Ada burung nuri cinta dari Afrika, tapir Malaysia dan juga haiwan eksotik lain. Jangan lupa untuk rakam kenangan manis di sini bersama haiwan jinak yang juga terdapat di zoo ini. Terdapat juga kemudahan lain seperti trek berkuda, taman rekreasim pondok rehat dan bermacam lagi untuk menjadikan pengalaman anda di zoo suatu yang menggembirakan. Jangan lupa berkunjung ke Zoo Johor hari ini! |