BAHASA: EN | BM
Home Search

Selasa 9 Feb, 2010
Penginapan
Senarai Acara
E-Brosur
Ejen Pelancongan
Panduan Pelancongan
Terokai Malaysia
Peta Malaysia
 
click to read more
Rumah Di Negara Orang
Sekumpulan remaja dari Eropah menyertai program Pertukaran Asia-Eropah, yang membawa pelajar dari Eropah untuk mengenali Malaysia. Mereka menyertadi dua program homestay yang berbeza, dan memberikan mereka pengalaman yang luar biasa di negara ini.

 

Paparan Video
Lihat Semua Pengalaman
Click to find out more
Destinations
Negeri / Pahang / Pulau Tioman 
 
Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut cerita legenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam.

Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.

Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.

Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.

Tips
Jika anda gemar berjalan kaki, anda perlu mencuba laluan merentas pulau yang bermula dari Kampung Tekek di sebelah barat hingga ke Kampung Juara di sebelah Timur. Perjalanan ini boleh disempurnakan dengan mudah dan menawarkan pemandangan pantai serta hutan di kedua-dua belah Pulau Tioman.
 
Top
Pengangkutan
Kereta
Dari Johor Bahru, gunakan Lebuhraya Tebrau dan pandu menuju ke Mersing menerusi Kota Tinggi. Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menerusi Temerloh, Kuantan, Pekan, Kuala Rompin,Tanjung Gemuk ke Mersing. Anda juga boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur menerusi Seremban, Bahau, Muadzam Shah, Kuala Rompin, Tanjung Gemuk ke Mersing.

Bas, Teksi
Perkhidmatan bas ekspress boleh didapati dari Singapura di Newton Circus Court dan Stesen Bas Jalan Sultan. Dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas dan teksi boleh didapati dari Hentian Bas Puduraya. Bas bertolak pada waktu tengahari dan pukul 11.30 malam. Teksi boleh bertolak pada bila-bila masa. Perjalanan dijangka memakan masa selama 5-6 jam.

Bot, Feri
Pulau Tioman boleh dikunjungi dengan menggunakan bot dari Tanjung Gemok di Pahang dan Mersing di Johor. Perjalanan ini memakan masa selama lebih-kurang 1 1/2 jam. Anda juga boleh menaiki feri ke sini dari Terminal Feri Tanah Merah di Singapura. Perjalanan feri dari sini memakan masa lebih kurang 4 jam.

Penerbangan
Berjaya Air menyediakan penerbangan harian dari Kuala Lumpur dan Singapura ke Pulau Tioman yang memakan masa lebih-kurang 45 minit.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Pahang di talian : +609-517 7113 / 7115
Top
Penginapan
Pelbagai jenis kemudahan tempat penginapan boleh didapati di sini samada asrama pengembara yang ringkas atau hotel newah bertaraf 5-bintang. Kebanyakan tempat penginapan di sini terletak di bahagian pantai barat pulau ini.

Untuk menempah pakej percutian, klik sini

Top
Mengenai Pulau Tioman
Tips
Pengangkutan
Talian Untuk Dihubungi
Penginapan
Tarikan di Pahang
click for more info Cameron Highlands - Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.
click for more info Bukit Fraser - Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.
click for more info Taman Rimba Kenong - Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.
tarikan seterusnya >>
Penginapan di Pahang
Genting Hotel  - Pemandangan bukit-bukau yang indah, selain mudah untuk mengunjungi taman tema. Terdapat juga kasino di sini.
Bukit Bendera Resort
Swiss-Garden Resort
penginapan seterusnya >>
Agensi Pelancongan
Acara di Pahang
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Pertanyaan | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia   Virtual Malaysia
 
Hakcipta © 2009. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia, | Talian Info Tourism - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY