Sekumpulan remaja dari Eropah menyertai program Pertukaran Asia-Eropah, yang membawa pelajar dari Eropah untuk mengenali Malaysia. Mereka menyertadi dua program homestay yang berbeza, dan memberikan mereka pengalaman yang luar biasa di negara ini.
Terletak di kawasan Precinct 16, Putrajaya, Taman Warisan Pertanian ini memberi tumpuan kepada produk pertanian yang boleh dikomersialkan.
Terdapat pelbagai tanaman menarik di taman ini termasuk pokok getah, kelapa sawit, kopi, koko, buah-buahan lain, serta tumbuhan herba.
Taman ini turut menawarkan pelbagai jenis produk agro untuk dijual, selain mengadakan pameran dan aktiviti agro untuk pengunjung sepanjang tahun.
Pengangkutan
ERL, Kereta, Teksi atau Bas Kawasan ini terletak 25 km dari Kuala Lumpur dan 20 km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ERL, kereta, teksi atau bas untuk ke destinasi di Putrajaya
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian +603-2615 8188 atau hubungi Talian Info Pelancongan: 1-300-88-5776
Jambatan Putra - Jambatan tiga tingkat yang unik ini terletak di tengah wilayah yang baru ini. Rekabentuknya diilhamkan dari senibina Islam.
Taman Wetland - Taman Wetland di Putrajaya adalah taman wetland buatan manusia yang pertama di Malaysia.
Putrajaya Cruise - Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah bandar, dan pengunjung boleh mengambil peluang untuk menikmati cruise santai di tasik ini.
Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya
- Hotel yang bertaraf 5 bintang ini terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Putrajaya (KLIA) dan Putrajaya. Mempunyai kemudahan yang lengkap untuk kemudahan seminar dan mesyuarat.
Hotel Marriott Putrajaya
- Hotel ini terletak hanya 25 minit dari Kuala Lumpur, 25 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 5 minit untuk ke Putrajaya dan Cyberjaya.
Hotel Putrajaya Shangri-La
- Hotel berkonsep dalam taman ini yang terletak di tengah-tengah Putrajaya, dihiasi landskap yang cantik dan mempesonakan.