BAHASA: EN | BM
Home Search

Jumaat 3 Sep, 2010
Blog
Plan Your Trip
Travel Agents
Where to Stay
Events Listing
Experience Malaysia
Images of Malaysia
Map of Malaysia
E-Brochures
Travel Packages
 
click to read more
Syurga Perhentian
Bill Boakes dan Nicolla Briggs merupakan warganegara UK yang berkerja di bidang percetakan serta jualan dan membuat keputusan untuk pergi bercuti. Kedua-duanya memang berminat menyelam skuba, lalu merancang untuk bercuti di Asia Tenggara. Walaupun pada mulanya mereka hanya merancang untuk singgah seketika di Malaysia dalam perjalanan mereka ke Thailand, lawatan mereka ke Pulau Langkawi dan Pangkor di pantai barat Semenanjung menyakinkan mereka wujud keistimewaan di negara ini.
Paparan Video
Lihat Semua Pengalaman
Click to find out more
Destinations
Negeri / Pahang / Taman Negara 
 
Taman Negara

Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

Tips
Gunakan pakaian yang nipis dan longgar; kemeja-t lengan panjang yang selesa dan seluar panjang untuk perlindungan dari serangga dan luka cakaran. Pada masa-masa tertentu, keadaan di dalam hutan ini boleh menjadi sejuk. Bawa bersama jaket kalis air untuk keselesaan anda. Ketika meneroka hutan, pilih laluan trek yang boleh anda sempurnakan sebelum matahari terbenam dan pastikan anda memberitahu rancangan anda untuk meneroka kepada orang lain agar mereka boleh menjangka bila anda akan pulang dari penerokaan anda. Anda disarankan supaya tidak melencong dari laluan yang telah ditandakan di dalam hutan ini.
 
Top
Pengangkutan
Keretapi
Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bharu (melalui Tumpat) oleh laluan keretapi. Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.

Bot
Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.

Bas atau Teksi
Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Jabatan Perhutanan dan Taman Negara, Km 10, Jalan Cheras.56100 Kuala Lumpur. Tel: +603-90752872 Faks: +603-90752873. Email: pakp@wildlife.gov.my/ pro@wildlife.gov.my
Top
Penginapan
Taman Negara menawarkan kemudahan tempat penignapan termasuk chalet, bilik asrama, kawasan perkhemahan dan juga sebuah resort.

Untuk menempah pakej percutian, klik sini

Top
Mengenai Taman Negara
Tips
Pengangkutan
Talian Untuk Dihubungi
Penginapan
Tarikan di Pahang
click for more info Taman Rimba Kenong - Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.
click for more info Genting Highlands - Genting Highlands ialah sebuah pusat pelancongan yang moden dengan hotel-hotel besar, taman hiburan, kasino tunggal di Malaysia serta padang golf dan tasik untuk bersampan.
click for more info Pulau Tioman - Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.
tarikan seterusnya >>
Penginapan di Pahang
Bukit Bendera Resort
Awana Genting Highlands Golf & Country Resort
The Legend Resort
penginapan seterusnya >>
Agensi Pelancongan
Acara di Pahang
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia      
 
Hakcipta © 2008 Tourism Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara. | Talian Info Tourism Malaysia - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Putra World Trade Centre, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY
Paparan skrin terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 8 dan semua pelayar (browser) moden
dengan resolusi minima skrin 1024 x 768 pixel