Beth, seorang pelancong dari Amerika mendapati pendakian salah sebuah gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah sangat mencabar tetapi amat memuaskan hati. Dalam pendakiannya dia telah menggunakan otot-otot badan yang tidak biasa dikerah dan menerima sijil pendakian Gunung Kinabalu yang terletak di Negeri Sabah di pulau Borneo, Malaysia Timur.
Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah bandar, dan pengunjung boleh mengambil peluang untuk menikmati cruise santai di tasik ini.
Anda boleh melihat pemandangan menarik sekitar Putrajaya, termasuk Masjid Putrajaya, Jambatan Putrajaya dan beberapa bangunan pentadbiran kerajaan.
Pengunjung juga boleh menikmati perjalanan ini di atas bot cruise penumpang, dan ia memberikan pemandangan yang menarik di siang hari atau cruise di malam hari!
Terdapat juga beberapa buah perahu yang digunakan untuk pengunjung dalam kumpulan kecil.
Tips
Pengunjung boleh memilih beberapa jenis bot untuk bersiar-siar di atas Tasik Putrajaya. Terdapat bot penumpang selain perahu yang menempatkan 4 hingga 6 penumpang.
Pengangkutan
ERL, Kereta, Teksi atau Bas Kawasan ini terletak 25 km dari Kuala Lumpur dan 20 km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ERL, kereta, teksi atau bas untuk ke destinasi di Putrajaya
Taman Warisan Pertanian - Terletak di kawasan Precinct 16, Putrajaya, Taman Warisan Pertanian ini memberi tumpuan kepada produk pertanian yang boleh dikomersialkan.
Jambatan Putra - Jambatan tiga tingkat yang unik ini terletak di tengah wilayah yang baru ini. Rekabentuknya diilhamkan dari senibina Islam.
Hotel Marriott Putrajaya
- Hotel ini terletak hanya 25 minit dari Kuala Lumpur, 25 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 5 minit untuk ke Putrajaya dan Cyberjaya.
Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya
- Hotel yang bertaraf 5 bintang ini terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Putrajaya (KLIA) dan Putrajaya. Mempunyai kemudahan yang lengkap untuk kemudahan seminar dan mesyuarat.
Hotel Putrajaya Shangri-La
- Hotel berkonsep dalam taman ini yang terletak di tengah-tengah Putrajaya, dihiasi landskap yang cantik dan mempesonakan.