Alan Lewis dan Natasha Derevenchuk bermalam di Hotel Eastern & Oriental yang bersejarah di Pulau Pinang, sambil menyingkap sejarah rumit dan kepelbagaian budaya yang terdapat di pulau ini. Alan berasal dari England manakala pasangannya pula berasal dari Kazakhstan. Mereka sudah mengembara ke serata dunia dan berkerja di beberapa buah negara sebelum membuat keputusan untuk bercuti di Pulau Pinang atas saranan rakan mereka yang memuji cuaca tropika serta budaya yang berbagai di sini. Mereka juga mengambil masa berehat di tepi pantai di Lone Pine Resort di Batu Ferringhi.
Negeri / Pahang / Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.
Pelawat yang berani dan menginginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.
Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.
Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni.
Tips
Pusat ini dibuka setiap hari mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Aktiviti di sini bermula dari pukul 2 petang hingga 3.45 petang. Pastikan anda memakai seluar panjang ketika menunggang gajah kerana kulitnya yang kasar.
Pengangkutan
Kereta Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Karak menghala ke arah daerah Lancang, melewati Kampung Karak. Setibanya di Lancang, anda akan menjumpai sebuah stesen gas BP, pastikan anda mengikut arahan papan tanda di sepanjang jalan menghala ke Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah. Perjalanan ini memakan masa selama kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam sejauh 160km dari Kuala Lumpur.
Tidak tempat penginapan di kawasan pusat perlindungan ini. Namun demikian, bandar raya Kuala Lumpur hanya kira-kira dua jam perjalanan dari sini dan anda mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan di sana.
Pantai Cherating - Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat.
Pulau Tioman - Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.
Bukit Fraser - Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.