BAHASA: EN | BM
Home Search

Selasa 9 Feb, 2010
Penginapan
Senarai Acara
E-Brosur
Ejen Pelancongan
Panduan Pelancongan
Terokai Malaysia
Peta Malaysia
 
click to read more
Persinggahan di Kuala Lumpur
Jack dan Rosa merupakan pasangan dari Kanada yang telah mengembara ke serata dunia. Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka terus menuju ke Hotel Westin di tengah ibukota Kuala Lumpur yang dijadikan tempat penginapan selama persinggahan mereka di sini.
Paparan Video
Lihat Semua Pengalaman
Click to find out more
Destinations
Negeri / Pahang / Pantai Cherating 
 
Pantai Cherating

Kampung lama Cherating menggabungkan unsur-unsur lama dengan yang moden. Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1 km selari dengan pantai di sini dipenuhi deretan chalet yang comel dan selesa yang kebanyakannya mengadap pantai Cherating yang bersih.

Cherating menawarkan kombinasi ombak laut yang bergulung-gulung menghempas pantai, pantai yang putih bersih, pelbagai tempat penginapan, pilihan tempat makan serta aktiviti hiburan malam istimewa untuk para peluncur papan air.

Peluncur papan air meluangkan masa beberapa hari atau beberapa bulan di sini untuk mengambil kesempatan dengan kehadiran ombak laut yang hebat dan berehat bersama peluncur yang lain sambil bertukar cerita tentang pengalaman meluncur air mereka di salah sebuah bistro atau bar yang terdapat di situ.

Malahan, Kampung Cherating yang lama telah diberi gelaran 'Syurga Peluncur' sejak tahun 70an.

Setiap tahun, para peluncur air dari seluruh dunia kembali ke Cherating bagi mencuba ombak di sini dan singgah melawat rakan-rakan tempatan mereka. Pantai Cherating amat bersih dan mempesona. Resort yang popular di dunia seperti Club Med telah membina resort Asianya yang pertama di Cherating.

Peluncur papan air yang sering berulang ke sini juga mengambil kesempatan meminta rakan-rakan tempatan membawa mereka bersiar-siar di kawasan kampung yang menarik di sepanjang pantai ini sambil menjiwai pemandangan yang mempesona.

Tips
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan aktiviti papan lungsur air di sini ialah di antara bulan November dan Disember.
 
Top
Pengangkutan
Kereta
Cherating terletak kira-kira 3 1/2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya ke pantai timur yang dihiasi pemandangan menarik. Terdapat juga bas-bas ekspres ke Kuantan yang bertolak dari Kuala Lumpur. Perkhidmatan bas dan teksi juga mudah diperolehi di Kuantan yang kerap berulang alik ke Cherating. Anda juga boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun atau Kemaman di Terengganu yang terletak di utara Pahang dan turun di Cherating.

Penerbangan
Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines mengendalikan penerbangan harian ke Kuantan. Cherating boleh dikunjungi selepas 45 minit perjalanan dengan menaiki kereta dari lapangan terbang Kuantan.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang. Tel : +(609) 517 1111 / 1112. Faks : +(609) 514 6900. Laman Web: www.pahangtourism.com.my
Top
Penginapan
Cherating mula menjadi tempat tumpuan pengembara sejak bertahun-tahun lamanya. Kini terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan di sini yang merangkumi segalanya dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 4-bintang.

Untuk menempah pakej percutian, klik sini

Top
Mengenai Pantai Cherating
Tips
Pengangkutan
Talian Untuk Dihubungi
Penginapan
Tarikan di Pahang
click for more info Genting Highlands - Genting Highlands ialah sebuah pusat pelancongan yang moden dengan hotel-hotel besar, taman hiburan, kasino tunggal di Malaysia serta padang golf dan tasik untuk bersampan.
click for more info Pulau Tioman - Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.
click for more info Bukit Fraser - Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.
tarikan seterusnya >>
Penginapan di Pahang
Resort Hotel
Berjaya Tioman Resort
Swiss-Garden Resort
penginapan seterusnya >>
Agensi Pelancongan
Acara di Pahang
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Pertanyaan | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia   Virtual Malaysia
 
Hakcipta © 2009. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia, | Talian Info Tourism - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY