BAHASA: EN | BM
Home Search

Selasa 9 Feb, 2010
Penginapan
Senarai Acara
E-Brosur
Ejen Pelancongan
Panduan Pelancongan
Terokai Malaysia
Peta Malaysia
 
click to read more
Keunggulan Menyelam di Sipadan
Bill Boakes dan Nicolla Briggs, dua warga Inggeris dengan latar belakang di dalam bidang percetakan dan jualan, serta bebas dari sebarang tanggungan di UK, merasakan masanya telah tiba untuk mereka pergi ‘melihat dunia’. Mereka yang sememangnya gemarkan aktiviti menyelam, membuat keputusan bahawa lawatan percutian ke Asia Tenggara adalah ideal.
Paparan Video
Lihat Semua Pengalaman
Click to find out more
Destinations
Negeri / Pahang / Cameron Highlands 
 
Cameron Highlands

Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda nikmati di Tanah Tinggi Cameron, pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia.

Bersiar-siar melalui perkampungan yang menarik, melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi serta ladang teh yang terhampar luas atau nikmati makanan lazat yang dihidangkan di restoran gaya Tudor - semua aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan tersedia di sini untuk anda.

Cuaca nyaman di sini memang tidak dapat ditandingi. Luangkan beberapa hari di sini, jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah dan anda pasti kembali segar untuk percutian anda seterusnya. Salah satu aktiviti popular di Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands ialah menikmati hidangan air teh dan biskut 'scone'.

Tradisi asli Inggeris ini bermula di zaman penjajahan British apabila para pegawai Inggeris menggunakan lokasi di tanah tinggi ini sebagai tempat berehat yang jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah. Aktiviti memerhati burung dan menyusuri trek di hutan juga amat popular di kalangan pelawat di sini.

Tanah Tinggi Cameron yang terletak 1,500 meter dari aras laut mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Tempat ini juga mudah dikunjungi.

Anda boleh tiba di Tanah Tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur.

Tips
Jika anda mengikuti trek di hutan, sila pastikan keadaan cuaca hari itu sesuai untuk menyusuri laluan trek pilihan anda. Anda juga perlu memberitahu pihak berkenaan tentang rancangan anda untuk kembali ke situ dan laluan trek mana yang akan anda gunakan .
 
Top
Pengangkutan
Kereta
Tanah Tinggi Cameron boleh dihubungi menerusi Tapah atau lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, susur keluar di Simpang Pulai dan ambil masa tambahan selama 45 minit sebelum sampai di utara Tapah dari Lebuhraya Utara-Selatan. Jalanraya ke Tanah Tinggi Cameron dari laluan ini adalah lebih mudah dan selesa berbanding laluan dari Tapah.

Bas, Teksi
Perkhidmatan bas dan teksi boleh diperolehi dari Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur dan perjalanan bas ini akan melewati pekan Tanah Rata. Anda juga boleh menaiki keretapi hingga ke Tapah, kemudian meneruskan perjalanan anda dari Tapah dengan teksi atau bas.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang. Tel : +(609) 517 1111 / 1112. Faks : +(609) 514 6900. Laman Web: www.pahangtourism.com.my
Top
Penginapan
Tanah Tinggi Cameron telah berkembang pesat di dalam masa beberapa tahun yang lalu dari segi tempat penginapan untuk pengunjung. Kini, pelawat boleh memilih antara pelbagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.

Untuk menempah pakej percutian, klik sini

Top
Mengenai Cameron Highlands
Tips
Pengangkutan
Talian Untuk Dihubungi
Penginapan
Tarikan di Pahang
click for more info Bukit Fraser - Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.
click for more info Pantai Cherating - Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat.
click for more info Genting Highlands - Genting Highlands ialah sebuah pusat pelancongan yang moden dengan hotel-hotel besar, taman hiburan, kasino tunggal di Malaysia serta padang golf dan tasik untuk bersampan.
tarikan seterusnya >>
Penginapan di Pahang
The Heritage Hotel
Strawberry Park Resort
Holiday Villa Cherating
penginapan seterusnya >>
Agensi Pelancongan
Acara di Pahang
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Pertanyaan | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia   Virtual Malaysia
 
Hakcipta © 2009. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia, | Talian Info Tourism - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY