Alan Lewis dan Natasha Derevenchuk bermalam di Hotel Eastern & Oriental yang bersejarah di Pulau Pinang, sambil menyingkap sejarah rumit dan kepelbagaian budaya yang terdapat di pulau ini. Alan berasal dari England manakala pasangannya pula berasal dari Kazakhstan. Mereka sudah mengembara ke serata dunia dan berkerja di beberapa buah negara sebelum membuat keputusan untuk bercuti di Pulau Pinang atas saranan rakan mereka yang memuji cuaca tropika serta budaya yang berbagai di sini. Mereka juga mengambil masa berehat di tepi pantai di Lone Pine Resort di Batu Ferringhi.
Gerakkan penunjuk ke negeri dan destinasi tarikan bagi paparan ringkas.
Klik untuk maklumat lanjut.
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting,
telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza.
Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra,
sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa.
Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan,
kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta
pelbagai warna yang gemilang.