|
Seandainya kenalan anda di luar negara ingin membuat kunjungan ke Malaysia, mereka perlu mempunyai pasport atau pun dokumen perjalanan sah yang mempunyai tarikh tamat sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan selepas berakhirnya lawatan ke Malaysia.
Kebanyakan warganegara asing tidak memerlukan visa untuk lawatan sosial atau perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pejabat diplomatik Malaysia atau pejabat Tourism Malaysia yang terdekat. Layari laman web Jabatan Imigresen Malaysia Atau Kementerian Luar Negeri. Malaysia yang terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara amat mudah dikunjungi melalui jalan udara, darat atau laut.
Terdapat lebih dari 45 buah syarikat penerbangan antarabangsa melakukan penerbangan ke dalam negara ini. Syarikat penerbangan nasional, MAS mempunyai rangkaian penerbangan global yang menghubungkan enam buah benua dan liputan domestik yang menghubungkan 36 destinasi tempatan. AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah negara ini juga menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan-laluan tempatan dan antarabangsa yang tertentu. |