BAHASA: EN | BM
Home Search

Jumaat 3 Sep, 2010
Blog
Plan Your Trip
Travel Agents
Where to Stay
Events Listing
Experience Malaysia
Images of Malaysia
Map of Malaysia
E-Brochures
Travel Packages

Mengenali Malaysia bermakna mencintai Malaysia. Pusat tumpuan pelbagai agama dan kaum seperti Melayu, India, Cina dan kumpulan-kumpulan etnik lain yang hidup bersama dengan aman damai.

Mengenali Malaysia ialah mencintai Malaysia. Malaysia sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Kita melihat kaum Melayu, India, Cina dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman damai dan harmoni.

Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15, ketika Melaka, yang pada waktu itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, menjadi pelabuhan perdagangan utama dunia.

Kini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan makin dikenali di seantero dunia.

Kepelbagaian budaya dan kaum bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia unik kerana masyarakatnya menyambut pelbagai festival . Tidak hairanlah, rakyat negara ini gemar berpesta dan ramah bergaul dengan orang luar.

Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Sebanyak 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan dua negeri di utara Borneo. Kawasan percutian terdapat di kawasan pergunungan dan juga pantai, dan hutan paya bakau.

Salah satu tarikan Malaysia, ialah kepelbagaian landskap negara ini. Terdiri daripada rumah kayu, bangunan pencakar langit ke hotel lima bintang yang hanya beberapa meter daripada kawasan laut.

Jelajahilah bumi Malaysia yang penuh kepelbagaian budaya dan alam semula jadi hari ini. Jom ZOOM Malaysia!

*Maklumat lanjut tentang negara boleh diperolehi dari portal rasmi kerajaan, www.malaysia.gov.my.

 

 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia      
 
Hakcipta © 2008 Tourism Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara. | Talian Info Tourism Malaysia - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Putra World Trade Centre, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY
Paparan skrin terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 8 dan semua pelayar (browser) moden
dengan resolusi minima skrin 1024 x 768 pixel